-->
warna-warni kehidupan

09 May 2013

HAWA

HAWA..

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,

Andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,

Andai engkau seorang ibu, didiklah anakmu sehingga tidak gentar memperjuangkan Ad-Deen ALLAH..

HAWA…

Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau jodohmu,

Ingatlah Hawa janji ALLAH SWT, wanita yg baik untuk lelaki yang baik.

Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki bukan muhrim, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman dan tercetusnya salam serta sekaligus disusuli dengan pertemuan

HAWA..

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,

Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,

Lelaki yg warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya serta kemampuan menggoncang iman lelaki.

Tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.

Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan perempuan yakni sebuah perkahwinan..

Oleh itu HAWA..
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkanlah pendirianmu.

Andai ditakdirkan tiada cinta dari ADAM untukmu,
cukuplah hanya cinta ALLAH memenuhi kekosongan...
Posted by Nies Syahida pada pukul 01:02
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

0 luahan hati:

Post a Comment

Assalamualaikum..
tinggal kn luahan hati anda ttg blog nies d cni ya..
satu pown kira okey lah..hehe

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Get a Glitter Calendar Click Here
Clock Widgets

anis95

My photo
Nies Syahida
assalamualaikum (◠‿◠)
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2013 (19)
    • ▼  May (3)
      • JARAK INI MENJAGA AKU DAN DIA
      • HAWA
      • Kita Masih Ada ALLAH
    • ►  April (10)
    • ►  March (4)
    • ►  February (2)
  • ►  2012 (6)
    • ►  December (3)
    • ►  August (1)
    • ►  June (2)
  • ►  2011 (35)
    • ►  December (11)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (10)
Red Lollipop

Love u all

Love u all
My love

Followers




Gratisan Musik
Powered by Blogger.