-->
warna-warni kehidupan

02 February 2014

STPM student


Lama menyepi diri akhirnya kembali lg di alam blog ini :)
 Masih lg memegang gelaran budak sekolah di usia 19 tahun....
STPM student :)
2014 tahun yang mencabar bagi pelajar stpm, macam nies lah
PBS, PBS, dan PBS...
menguji kesabaran di samping menambah pengetahuan dan markah exam :D 
Semester 1 telah berlalu semester 2 sedang berjalan semester 3 bakal di tuju..
4FLAT menjadi sasaran..

مَنْ جَدَّ وَجَدَ
Siapa yang berusaha, maka dia akan berjaya


*berdebar menanti result sem 1 yg bakal keluar xbrapa hari lg
 


 

Posted by Nies Syahida pada pukul 12:30 0 luahan hati
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

21 May 2013

JARAK INI MENJAGA AKU DAN DIA



Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik.. 

✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
 
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari     
       segalanya..
 
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
 
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan  
       LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.. ♥♥♥


*copy&paste
Posted by Nies Syahida pada pukul 18:55 0 luahan hati
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

09 May 2013

HAWA

HAWA..

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,

Andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,

Andai engkau seorang ibu, didiklah anakmu sehingga tidak gentar memperjuangkan Ad-Deen ALLAH..

HAWA…

Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau jodohmu,

Ingatlah Hawa janji ALLAH SWT, wanita yg baik untuk lelaki yang baik.

Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki bukan muhrim, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman dan tercetusnya salam serta sekaligus disusuli dengan pertemuan

HAWA..

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,

Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,

Lelaki yg warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya serta kemampuan menggoncang iman lelaki.

Tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.

Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan perempuan yakni sebuah perkahwinan..

Oleh itu HAWA..
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkanlah pendirianmu.

Andai ditakdirkan tiada cinta dari ADAM untukmu,
cukuplah hanya cinta ALLAH memenuhi kekosongan...
Posted by Nies Syahida pada pukul 01:02 0 luahan hati
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Kita Masih Ada ALLAH

 
♥  Walau Tak Ada Orang SAYANG Kita Tapi 
       ALLAH ADA DEKAT DI HATI KITA

♥  Walau Tak Ada Orang CINTA Kita Tapi
       ALLAH SENANTIASA KASIHI KITA

♥  Walau Tak Ada Orang TOLONG Kita Tapi 
       ALLAH ADA LINDUNGI KITA

♥  Walau Tak Ada Orang RINDU Kita Tapi
       ALLAH TETAP TUNGGU KITA

♥  Walau Tak Ada Orang JAGA Kita Tapi
       ALLAH PERHATIKAN KITA

♥  Walau Tak Ada Orang DENGAN Kita Tapi
       ALLAH ADA TEMANKAN KITA
      


Posted by Nies Syahida pada pukul 00:31 0 luahan hati
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

28 April 2013

Hanya Insan Biasa

Aku bukanlah wanita berparas
jelita..
Aku bukanlah wanita yang kaya
harta..
Aku juga bukanlah wanita yang
punya tahta..
Aku wanita Apa adanya..aku
tidak sedermawan Khadijah..
Aku tidak setegar Fathimah..aku
tidak sepintar Aisyah..
Aku wanita apa adanya..
Aku hanya seorang wanita yang,
Menginginkan kesederhanaan
cinta..
Aku tidak menilai rupa..aku tidak
menilai harta..
Aku tidak menilai tahta..aku
hanya ingin Cinta yang
sederhana..
Cinta yang berlandaskan
Keredhaan-NYA..
Cinta yang mengharapkan Surga
dari-NYA..
Cinta yang akan membawa
keberkahan dan kebahagiaan
dalam hidup..
Aku berharap kelak di
Perbatasan Waktu..
Aku dipertemukan oleh insan
pilihan-MU..
Seseorang yang hatinya terpaut
pada-MU..
Seseorang yang mengikuti jejak
Rasul-MU..
Seseorang yang mempedomani
kitab-MU..
Seseorang yang akan menerima
kekuranganku..
Yang akan membimbing
hidupku..yang akan melengkapi
hari-hariku..
Yang akan menahkodai bahtera
cintaku..
Yang Mencintaiku tanpa
menuntut kesempurnaan
dariku..
Aku ingin mencintainya secara
sederhana..tanpa
menyusahkannya..
Tanpa membebaninya..aku
berharap dia juga mencintaiku
secara sederhana..
Sesederhana aku
mencintainya..biarlah saat ini aku
menyemai cinta bersama-MU..
Menyemai Kerinduan akan
Wajah-MU..
Sebelum bertemu dengannya
diPerbatasan Waktu
Aku sering memasang angan
untuk membina istana
indah. Dia sebagai RAJA dan
aku sebagai RATU. Biarpun
istana itu hanyalah pondok
kecil, aku tau bahagia akan
ada disitu. Yang dinanti
bukanlah lamaran dengan
batu permata, cukuplah
akad dan janji yang setia.
*copy&paste
Posted by Nies Syahida pada pukul 15:01 0 luahan hati
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

26 April 2013

Perancangan ALLAH Adalah Yang Terbaik

 
♥ Kita minta kpd ALLAH setangkai bunga segar, tapi diberikan
kaktus berduri. Kita minta kupu2, diberikan ulat berbulu, kita sedih dan kecewa..

namun kemudian, kaktus itu berbunga, indah sekali...
dan ulat itupun menjadi kupu2 yang cantik...
itulah jalan Allah,indah pada masanya..!!

~Allah tidak memberi apa yang kita harapkn, tapi memberi apa yang kita perlukan. Percayalah, Allah sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita :)
Posted by Nies Syahida pada pukul 00:58 0 luahan hati
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

21 April 2013

Bila Agama Menjadi Landasan


Lelaki yang beragama takkan sewenang-wenangnya meng’invite’ seorang perempuan beragama untuk menjadi pasangan ‘couple’nya. ^^

Perempuan yang beragama pula takkan sewenang-wenangnya meng’accept’ seorang lelaki beragama untuk menjadi pasangan ‘couple’nya. ^^

Tetapi..
...
Lelaki yang beragama akan terus malamar seorang perempuan beragama yang memikat kalbunya melalui ibu bapa untuk dijadikan pasangan hidupnya.. ^^

Perempuan yang beragama pula akan bersetuju untuk menerima lamaran istimewa daripada seorang lelaki beragama yang telah memaut jiwa nuraninya untuk dipimpin menuju ke Syurga.. ^^

Alangkah indah jika cinta yang disemai atas kerana-Nya..
Tingkah laku cinta juga atas dasar batas-batas agama-Nya..
Bertemu cinta dalam usrah dan halaqah..
Untuk sama-sama menyebarkan dakwah di jalan fisabilillah..

Moga-moga, kita bertemu jodoh di atas jalan dakwah.. ^^

Percayalah..
Cinta Itu Indah..
Bila Berlandaskan Al-Quran Dan As-Sunnah..
Bila Tujuannya Kerana Allah..
Bila Matlamatnya Syurga Yang Barakah.. ^^

Janji Allah terakam di Surah Al-Nur, ayat 26 ;

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”
Posted by Nies Syahida pada pukul 14:57 0 luahan hati
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)

Get a Glitter Calendar Click Here
Clock Widgets

anis95

My photo
Nies Syahida
assalamualaikum (◠‿◠)
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼  2014 (1)
    • ▼  February (1)
      • STPM student
  • ►  2013 (19)
    • ►  May (3)
    • ►  April (10)
    • ►  March (4)
    • ►  February (2)
  • ►  2012 (6)
    • ►  December (3)
    • ►  August (1)
    • ►  June (2)
  • ►  2011 (35)
    • ►  December (11)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (10)
Red Lollipop

Love u all

Love u all
My love

Followers




Gratisan Musik
Powered by Blogger.