28 April 2013
26 April 2013
Perancangan ALLAH Adalah Yang Terbaik
♥ Kita minta kpd ALLAH setangkai bunga segar, tapi diberikan
kaktus berduri. Kita minta kupu2, diberikan ulat berbulu, kita sedih dan kecewa..
namun kemudian, kaktus itu berbunga, indah sekali...
dan ulat itupun menjadi kupu2 yang cantik...
itulah jalan Allah,indah pada masanya..!!
~Allah tidak memberi apa yang kita harapkn, tapi memberi apa yang kita
perlukan. Percayalah, Allah sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan
kita :)
21 April 2013
Bila Agama Menjadi Landasan
Lelaki yang beragama takkan sewenang-wenangnya meng’invite’ seorang perempuan beragama untuk menjadi pasangan ‘couple’nya. ^^
Perempuan yang beragama pula takkan sewenang-wenangnya meng’accept’ seorang lelaki beragama untuk menjadi pasangan ‘couple’nya. ^^
Tetapi..
...
Lelaki yang beragama akan terus malamar seorang perempuan beragama yang memikat kalbunya melalui ibu bapa untuk dijadikan pasangan hidupnya.. ^^
Perempuan yang beragama pula akan bersetuju untuk menerima lamaran istimewa daripada seorang lelaki beragama yang telah memaut jiwa nuraninya untuk dipimpin menuju ke Syurga.. ^^
Alangkah indah jika cinta yang disemai atas kerana-Nya..
Tingkah laku cinta juga atas dasar batas-batas agama-Nya..
Bertemu cinta dalam usrah dan halaqah..
Untuk sama-sama menyebarkan dakwah di jalan fisabilillah..
Moga-moga, kita bertemu jodoh di atas jalan dakwah.. ^^
Percayalah..
Cinta Itu Indah..
Bila Berlandaskan Al-Quran Dan As-Sunnah..
Bila Tujuannya Kerana Allah..
Bila Matlamatnya Syurga Yang Barakah.. ^^
Janji Allah terakam di Surah Al-Nur, ayat 26 ;
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”
14 April 2013
Jika Di TaqdirkanNYA Siapakah Dia...
Siapakah dia..
yang pernah hadir didalam mimpiku
membuatkan aku tercari cari dirimu..
selama puluhan tahun jiwa memburu
ingin tahu dimanakah hilangnya sebelah diriku
Siapakah dia..
yang selalu hadir diketika sepiku
membuat hati rindu dan sendu
membilang hari dan waktu
bilakan dapat bertemu
Siapakah dia..
yang sering membuatku tertawa
dalam senda gurau dan ketawa manja
dalam lunaknya jenaka
dalam lembutnya mesra bicara
Siapakah dia..
yang sering membangunkan aku
disepertiga malam dalam mimpiku
mengajakku sujud didalam munajatku
merintih merayu didalam tafakkurku
bersama ingin meraih redhoMu Illhiku
Siapakah dia..
yang bakal menjadi imamku
yang bakal menjadi pelindungku
yang bakal menjadi sebahagian diriku
yang bakal menjadi pemilikku didunia ini dan didunia itu..
Siapakah dia..
engkau yang tak bernama
engkau yang hadir tanpa jiwa
engkau yang mampu buatku tersenyum ketawa
engkau yang ingin berkongsi hidup bahagia
biarpun siapa dirimu..
biarpun siapa jua.
biarpun dimana dirimu ada
aku tetap disini menantimu
kerana diriku tak sempurna tanpamu ..
duhai belahan jiwaku..
*copy&paste

13 April 2013
Wahai Calon Imamku...
Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang senantiasa haus dengan ilmu,
Yang senantiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang senantiasa haus dengan ilmu,
Yang senantiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang senaantiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.
Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai kawan dan tidak mempunyai musuh.
Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapaknya,
Yang senantiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.
Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.
Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan karena membaca al-Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecerdasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.
Jadilah seorang lelaki,
Yang senantiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.
Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.
Semoga Bermanfaat Untuk Kita semua Aamiin !!
11 April 2013
KETIKA HATI WANITA TERSAKITI ..
Bismillaahirrahmaanirrahiim...
Tak banyak lelaki tahu bagaimana keadaan Hati wanita ketika bersedih...
Wanita marah bukan bererti ia pemarah,
Melainkan hatinya tengah terluka.
Wanita yang cenderung diam bukan bererti ia egois dan cerewet atau acuh tak acuh

melainkan diam lebih baik darinya.
Ketika Hati wanita tersakiti..
Mungkin susah di gambarkan dengan apapun,
Namun hancurnya hati wanita ketika tersakiti lebih dari sekadar gelas
Mungkin susah di gambarkan dengan apapun,
Namun hancurnya hati wanita ketika tersakiti lebih dari sekadar gelas
yang terjatuh dari atas menara "Prakk".
Ketika hati wanita tersakiti..
Tak banyak yang dapat ia lakukan..
Yang ia tahu hanyalah setitis air mata membasahi pipinya..
Yang ia tahu hanyalah dadanya terasa sesak..
Yang ia tahu hanyalah Sebuah tanda CintaNya.
Jika kau ingin mengenggamnya maka genggamlah dengan halus,
Jika kau ingin melepaskannya maka lepaskanlah dengan perlahan,
Kerana ia adalah makhluk yang sangat rapuh..
Jika diibaratkan kaca,
Maka jangan terlalu kasar membersihkannya,
Kerana ia akan menjadi retak.
Jika kau meletakannya jangan kau hentak,
Kerana ia akan pecah begitu jua hati wanita.

Menangis kerana Allah
“Air Mata itu bukti Kasih Sayang yang di
tanamkan oleh Allah di Hati hamba hamba-Nya. Sesungguhnya Allah
Menyayangi hamba hambaNya yang Penyayang”.(HR.Bukhari dan Muslim).
Aisyah Radhiallahu anhuma bertanya kepada Rasulullah salallahu 'alaihi wa sallam,”Apakah ada Umatmu yang nanti masuk Syurga tanpa hisab?” Beliau Saw menjawab, ”Ada, iaitu Orang yang mengingat Dosanya... lalu ia Menangis.
Dalam Hadits lain Utusan Allah itu bersabda,”Pengakuan seorang hamba kepada Allah atas Dosa-Dosa yang di lakukanya yang tidak di sukai Allah, dari 'Ibadahnya”. Hadis di riwayatkan oleh Abdul Bin Mas’ud Radhiallahu anhu, bahawa Nabi akhir zaman ini bersabda, ”Linangan Air Mata seorang Mukmin kerana takut kepada Allah, lebih baik daripada 'Ibadah satu tahun.” Bertafakur tentang Kebesaran Dan Kekuasaan Allah sesaat lebih baik daripada Puasa enam puluh hari dan Solat enam puluh Malam. bukankah Allah memiliki Malaikat yang menyeru setiap Siang dan Malam?”
Zaid Bin Arkam Radhiallahu anhu meriwayatkan. Sorang lelaki bertanya kepada Rasulullah Saw, ”Wahai Rasulullah! Bagaimana caranya Aku menghindar dari NERAKA?” Nabi Saw menjawab, ”Dengan Linangan Air Matamu”.
“Sesungguhnya kedua Matamu yang menangis kerana takut kepada Allah tidak akan tersentuh Api Neraka’ (HR.Ibnu Abi Dunya dan Al-Ashbhani), Ketika Rasulullah Saw mendengar diantara Sahabat menangis lantaran takut kepada Allah, Baginda bersabda: ”Tidakalh kamu masuk Neraka bagi Orang yang Menangis kerana Allah dan tidaklah masuk Syurga bagi Orang-Orang yang terus berbuat Maksiat kepada Allah”.

07 April 2013
Gadis
Gadisku, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk
Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.
Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bias menarik sang kumbang untuk mendekatimu.
Namun...tidak semua bunga senang didekati sang kumbang
lantaran duri yg memagari diri, umpama mawar merah, dari jauh sudah terhidu
keharumannya. Penahan warnanya yg terselah indah mengundang kekaguman
kepada sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.
Gadisku, aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah.
Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yg bertunjangkan keimanan dan
keindahan takwa kepada Allah...hiasilah wajahmu dengan titisan wuduk.
Ingatilah ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki
dan lelaki tidak melihat kepadannya. Sesuatu yg tertutup itu lebih berharga
jika dibandingkan dengan sesuatu yg terdedah, umpama sebutir permata yg
didedahkan untuk perhatian umum dengan suatu permata yg diletakkan dalam
bekas tertutup. Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat untuk melihat
sesuatu yg tersembunyi, melebihi sesuatu yg terdedah. Wanita solehah yg
patuh dan taat kepada AL-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya
adalah harapan setiap insan yg bernama Adam. Namun segalanya memerlukan
pengorbanan dan mujahadah yg tinggi kerana bertentangan dengan nafsu
serakah yg bersarang dalam dirimu. Lebih-lebih lagi dgn title gadis yg
engkau miliki, sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yg ada.
Namun ingatlah gadisku...sesiapa yg inginkan kebaikan, maka Allah akan
memudahkan jalan-jalan baginya ke arah itu. Yang penting gadisku engkau
miliki azam, usaha dan istiqamah..
Gadisku, akuilah dirimu menjadi fitnah kpd kebanyakan lelaki. Seandainya
pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu, maka sudah tidak ada perisai yg
dapat membetengimu. Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu "tidak
ada suatu fitnah yang lebih besar, yg lebih bermaharajalela selepas wafatku
terhadap kaum lelaki selain fitnah yg berpunca dari kaum wanita." Oleh itu
gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan Al-Quran dan
As-Sunah. Jgn biarkan sekali sesiapa mengeksploitasikan dirimu untuk
kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah Taala telah mengangkat martabatmu
setaraf kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan
mujahidah yg bakal menggocang dunia dgn sentuhan lembut tanganmu.
Gadisku, dalam hidupmu engkau ingin menyayangi dan disayangi. Itulah fitrah
semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yg tewas kerana
cinta....bercinta tidak salah, tetapi memuja cinta itu salah. Ini adalah
kerana, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah
tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian
besarnya kerana cinta. Benarlah sabda Rasulullah membawa maksud,
"Sesungguhnya cinta itu buta." Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu
dalam membezakan perkara yg hak dan baril, jika engkau meletakkan cinta itu
atas dasar nafsu semata-mata dan bukan kerana Allah swt. Sebelum engkau
mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu. Cintailah dirimu yg unik
itu dgn mengkaji hakikat kejadianmu yg begitu simbolik. Asal kejadian dari
setittis air yg tidak berharga, lalu mengalami proses pembentukkan yg
sempurna hasil rencana ALLAH. Semoga perasaan sebegitu dapat melahirkan
rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan dgn itu akan timbul cinta
dan kasihmu terhadap penciptamu.
Gadisku, menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah
cinta yg hakiki dan abadi... ♥ ♥ ♥
03 April 2013
10 Sahabat Yang Harus Di Hargai
1. Sahabat-sahabat yang ceria dan menceriakan.
2. Sahabat yang memberi ketenangan.
3. Sahabat yang berbaik sangka.
4. Sahabat yang tidak suka mengata.
5. Sahabat yang ikhlas.
6. Sahabat yang jujur.
7. Sahabat yang baik tutur katanya.
8. Sahabat yang berfikiran positif.
9. Sahabat yang baik dan niatnya.
10. Pendengar yang baik.
02 April 2013
6 Jenis Perempuan Yang Wajib Dijauhi
Lelaki digalakkan untuk mencari isteri
solehah. Jauhi jenis perempuan-perempuan di bawah untuk dijadikan isteri
nescaya kamu akan bahagia :
1. Al-Anaanah : Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi kereta tak cukup. Tak redha dengan pemberian yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa menghiraukan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.
2. Al-Manaanah : Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami. Tak mengenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Walaupun suaminya sudah memberi perlindungan macam-macam padanya.
3. Al-Hunaanah : Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.
4. Al-Hudaaqah : Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukannya. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman. Ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti orang suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.
5. Al-Hulaaqah : Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak.
6. As-Salaaqah : Banyak berbicara, bergosip. Siang malam, pagi petang asik bergosip. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, dan macam-macam cara yang lain . Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)