-->
warna-warni kehidupan

29 March 2013

Walau Siapa Pun KIta

Jika anda bakal seorang ustaz atau ustazah kerana bidang anda, jadilah pendakwah yang berakhlak mulia beramal dengan apa yang dipelajari.

Jika anda bakal seorang doktor, jadilah doktor yang mengingatkan pesakit tentang solat dan nikmat kesihatan.

Jika anda bakal seorang arkitek, rekalah bangunan bercirikan Islamik kerana seorang arkitek yang beriman akan berfikir apakah tandas di dalam bangunan ...yang direkanya menghadap kiblat?

Jika anda bakal seorang jurutera, jadilah jurutera yang terus menunaikan solatnya walaupun sibuk di tapak projek dan sekalipun solat di celah-celah bangunan yang meninggi.

Jika anda bakal seorang juruterbang, sedarkanlah penumpang dengan menghayati awan biru dan gugusan bintang ciptaan Allah S.W.T.

Jika anda bakal seorang kaunselor, jadilah kaunselor yang berhikmah dalam memberi nasihat dan bicara yang mengingatkan kepada kekuasaan Allah S.W.T.

Jika anda bakal seorang pakar Bahasa Inggeris, gunakan kelebihan anda terutama kepada yang bukan Melayu berakidah tauhid yang berminat dengan Islam untuk mengenal Allah S.W.T.

Sesungguhnya, dalam bidang apa pun kita berada, kita hanyalah hamba Allah S.W.T, dan ilmu itu benar-benar berharga jika dengannya membuatkan kita merasa diri lebih menjadi 'seorang hamba'.
Posted by Nies Syahida pada pukul 23:39 0 luahan hati
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

19 March 2013

Wahai Kaum Adam...


Adam,
Hargailah wanita yang sentiasa berada di sisimu,
Bimbinglah dia, kalau silap langkahnya,
Adam pun turun mendapat nama di akhirat kelak..

Adam,
Tegurlah Hawa dengan cara yang baik dan biar bertempat,
Didik lah dia menjadi wanita solehah,
Kerana dia adalah dari ''tulang rusukmu''.
Bukan untuk diherdik, mahupun dihina,
Lindungilah dia dari fitnah dunia

Bukankah Hawa di cipta dari "tulang rusuk" Adam ?
Untuk disayangi dan dilindungi....

"Pilihlah suami yang baik agamanya. Jika marah tidak akan menghina, bila cinta akan memuliakan." -Hasan Basri-

Posted by Nies Syahida pada pukul 14:15 0 luahan hati
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Pengalaman + Kenangan ♥


Assalamualaikum...♥♥♥

Akhirnya,,setelah 2 bulan setengah menjadi pelatih plkn yg bernumber badan 078 di Kem PLKN Rimba Taqwa,Sik Kedah maka pada tanggal 16/3/2013 tamat lah sudah semua latihan..Alhamdulillah
Banyak pengalaman dan kenangan yg nies peroleh kt sna,,wlaupun pada awainya xdpat trima knyataan yg diri ney dpat msok plkn..tapi lama kelamaan dh dpat trima knyataan dh.. 
Bukan semua org bleh dpat pluang p plkn ney so org yg dpat 2 spatutnya bersyukur lah,,nies dpat bnyak pgalaman baru antaranya dpat blajar menembak,dpat mmbina kyakinan diri,dpat lakukan khidmat masyarakat,dpat rmai kwn baru 1Malaysia plak 2 dan mcam2 lg lah,,pa2 pown plkn best lah wlaupun kdg2 ada jgak yg xbest nya tapi kira okey lah.. 
Antara gmbar2 yg di snap kt sna brsama kawan2 yg di sayangi..


♥ minggu pertama lawatan keluarga
(muka sdeyy lg 2)



♥ khidmat komuniti yg pertama di kg Belantik,Sik
(posing lu bwu wt keja)


♥ hormat2 kehadapan hormat..:)
kwn2 bilik A10


♥ senyum :))


♥ A9 vs A10
haha :))


♥ lovely A10
eachah,nies,dharshini,cindy,ika,jieha


♥ kwan2 sekolah yg sentiasa bersama nies
syg hmpa..yana & thiroh


♥ malam terakhir di kem..
sdeyy weh,bwu sudah nangis 2..


♥ dekat nk hbeh bwu rapat ngan depa tapi rasa cm dh lma knai,kami sekepala kot
rindu hmpa weh,, ida & miza


♥ luv u all A10 !!
friend forever


♥ tayang sijil..
haha :))


♥ peace :)
pakaian kelas 2


♥ 1,2,3 senyum..
(^_^)

♥ Setiap pertemuan pasti akan ada nya perpisahan... ♥

♥ Friend forever ♥

*aku sayang hmpa semua wehh... ♥♥♥




Posted by Nies Syahida pada pukul 02:07 0 luahan hati
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

18 March 2013

Soalan Imam Al-Ghazali

♥ Enam Soalan Imam Al-Ghazali Kepada Muridnya ♥

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya..

1. Apa yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia?
2. Apa yang paling JAUH dari kita di dunia?
3. Apa yang paling BESAR di dunia?
4. Apa yang paling BERAT di dunia?
5. Apa yang paling RINGAN di dunia?
6. Apa yang paling TAJAM di dunia?
...
JAWAPAN:

1) Soalan yang pertama,
"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab "orang tua, guru, kawan, dan sahabatnya". Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

2) Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua..
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab "negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu
adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga
hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3) Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga..
"Apa yang paling besar di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawah "gunung, bumi dan matahari". Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

4) Pertanyaan keempat adalah,
"Apa yang paling berat di dunia ini?".
Ada yang menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang amanahnya.

5) Pertanyaan yang kelima adalah,
"Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "MENINGGALKAN SOLAT". Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan solat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan solat.

6) Dan pertanyaan keenam adalah,
"Apakah yang paling tajam di dunia ini?"
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA" Karena melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
Posted by Nies Syahida pada pukul 21:50 0 luahan hati
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)

Get a Glitter Calendar Click Here
Clock Widgets

anis95

My photo
Nies Syahida
assalamualaikum (◠‿◠)
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2013 (19)
    • ►  May (3)
    • ►  April (10)
    • ▼  March (4)
      • Walau Siapa Pun KIta
      • Wahai Kaum Adam...
      • Pengalaman + Kenangan ♥
      • Soalan Imam Al-Ghazali
    • ►  February (2)
  • ►  2012 (6)
    • ►  December (3)
    • ►  August (1)
    • ►  June (2)
  • ►  2011 (35)
    • ►  December (11)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (10)
Red Lollipop

Love u all

Love u all
My love

Followers




Gratisan Musik
Powered by Blogger.